May 18, 2012

happy hari guru !

assalamualaikum :)



dengan penuh rasa riang dan berbesar hatinya saya ingin mengucapkan


SELAMAT HARI GURU !!
(dush dush kasi bunga api sikit, hehe)


Alhamdulillah pada 17 Mei lalu aku sekali lagi menyambut Hari Guru. cewah~ haha, padahal first time. kalau dulu aku yang menyambut para guru tercinta di sekolah, kini baru aku merasai nikmat dan jerih payahnya menjadi seorang GURU. masih ingat lagi bagaimana aku bertungkus-lumus menghias dewan ketika sambutan hari guru di sambest tahun lepas. terima kasih cikgu2. jasa kalian tetap saya kenang sampai bila-bila, insyaAllah.


pengalaman 4 bulan menjadi salah seorang warga Tadika Islam An-nur Bestari berjaya memberikan aku satu pengalaman yang akan aku kenang selamanya. berkenalan dengan guru-guru disana, saat paling seronok bagi aku adalah ketika bersama budak-budak. walaupun nakal, hehe..memang nakal, tapi telatah dan kerenah mereka mampu buat aku tersenyum dan tertawa. ada yang manja, terlebih manja pun kadang2 :D , suka merajuk, hyperaktif, kejap nangis kejap okey, dan macam2 lagi. itu yang buat aku gembira bersama mereka. kalau dulu aku belajar, sekarang aku pulak mengajar. kalau dulu aku jadi peserta rombongan, sekarang aku jadi guru pengiring. kan lain tu? hehe



pesanan buat anak-anakku (walaupun dorang tak baca blog ni) ;

cikgu tahu kamu sume rindu kat cikgu kan, ngehehe.. cikgu tahu dah. amboi kalau cikgu datang jenguk korang kat tadika siap peluk panjat cikgu sume ye. ingat cikgu pokok ker ==' haha, okey ayat cikgu kejam sikit. takpelah, cikgu pun rindu korang jugak. :D maaflah cikgu tak dapat terus mengajar korang sume ABC dan Alif Ba Ta. teruskan perjuangan korang ye. jadi anak yang soleh dan solehah buat mak ayah, taat perintah Allah dan Rasul, jadi orang yang berguna pada agama bila besar nanti. dah belajar solat kan, rajin-rajin buat ye. InsyaAllah kita jumpa satu hari nanti, tapi mungkin masa tu korang dah tak kenal cikgu dah kan. takpe2, cikgu faham. cikgu pun same jugak. hehe..



******************


meet them, my dearest children <3












































budak brutal yang comel; Aressa Dania :P






and lastly, meet my superhearts <3


muhammad darius eirfan
muhammad aizat
ahmad raziq






teruskan tersenyum
:D




3 comments:

  1. jenguk kita kt link baru nii,, kita tuka url. http://readsmilelaughlove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. aik ? bila pulak fai fai balik rumah ? -aiesyah dzhafiera-

    ReplyDelete
  3. esya, fairuz belum balik lagi ^^

    ReplyDelete