May 21, 2013

bring back the spirit


baru seketika tadi henset berbunyi, tandanya satu 'whatsapp' masuk

seperti biasa, ayah bertanya. "salam, kullu kuwais?" (ok tak ini bukan ayat ayah tapi saja translate kasi ala-ala arab sikit gitu :D)
seperti biasa juga aku menjawab, "Alhamdulillah kullu kuwais. esok ifah exam. histology. doakan ye."

dan berturut ucapan selamat daripada mak, abang dan ana.
terharu.

tiba-tiba aku tersedar. tersentak. harapan mereka pada aku tinggi.
dihantar ke sini dengan seribu pengharapan.
yang pada awalnya bukan niatku untuk memilih jalan ini.

tapi Allah yang tetapkan begini.
Dia letakkan aku dalam bidang ini kerana Dia tahu aku mampu.

maka apa alasan aku untuk tidak belajar bersungguh-sungguh?
terlalu sibuk mencari asbab.
bukannya berusaha mencari jalan.
padahal Allah tidak melihat hasil, usaha itu yang dinilai-Nya.


tersentap lagi.










cukup dulu.
kembali ke buku.
histology menanti.
semuga Allah redha.
^^v



May 19, 2013





Allah mahu uji sedikit sahaja, sudah tak tertanggung beban yang dirasa.
mana perginya kekuatan yang kau katakan dulu wahai diri.



" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)



dan bila tangisan itu mengalir, 
semuga ia mengalir kerana takutkan azab-Nya



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yahudi, orang-orang nasrani, dan orang-orang sabi'in, siapa saja (di antara mereka) yang beriman kepada Allah dan hari akhir, dan melakukan kebajikan, mereka mendapat pahala dari Tuhan-nya, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati." (2:62)



" dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman." (3:139)






terkesan.




indahnya surat cinta Allah. 
Subhanallah



May 18, 2013


Alhamdulillah selesai exam physiology. 

buku yang jarang sekali aku telaah, kini terasa ingin ditatap sekali lagi. 
'CARDIOVASCULAR SYSTEM'

seronoknya belajar pasal jantung. Subhanallah.
bila mana kita tahu jantung yang sekecil itu mampu mengepam darah ke seluruh anggota tubuh supaya segala sel-sel tisu dapat menjalankan fungsi dengan sebaiknya.
dan bila mana kekurangan bekalan darah (ischemia) membawa kepada pelbagai komplikasi dan penyakit, tak lupa juga extrasystole akibat daripada abnormalities of pacemaker, yang mana boleh meninggikan dan merendahkan kadar degupan jantung, juga membawa kepada komplikasi dan penyakit.

tapi ini penyakit fizikal, insyaAllah ada ubatnya. ^^

macam mana pulak kalau penyakit rohani?
takkan nak ubat guna Dobutamine dan Atenolol jugak :D

apa kata kita cuba ubat ni..
5 UBAT HATI 







maaf atas kekurangan. kalau salah tolong betulkan. ini sekadar perkongsian, kita sama-sama saling mengingatkan, sebab kita kan insan yang nisyan ^^v 




p/s : tak reti nak tukar istilah-istilah kepada bahasa ibunda. harap maklum. ehew.

May 18, 2012

happy hari guru !

assalamualaikum :)



dengan penuh rasa riang dan berbesar hatinya saya ingin mengucapkan


SELAMAT HARI GURU !!
(dush dush kasi bunga api sikit, hehe)


Alhamdulillah pada 17 Mei lalu aku sekali lagi menyambut Hari Guru. cewah~ haha, padahal first time. kalau dulu aku yang menyambut para guru tercinta di sekolah, kini baru aku merasai nikmat dan jerih payahnya menjadi seorang GURU. masih ingat lagi bagaimana aku bertungkus-lumus menghias dewan ketika sambutan hari guru di sambest tahun lepas. terima kasih cikgu2. jasa kalian tetap saya kenang sampai bila-bila, insyaAllah.


pengalaman 4 bulan menjadi salah seorang warga Tadika Islam An-nur Bestari berjaya memberikan aku satu pengalaman yang akan aku kenang selamanya. berkenalan dengan guru-guru disana, saat paling seronok bagi aku adalah ketika bersama budak-budak. walaupun nakal, hehe..memang nakal, tapi telatah dan kerenah mereka mampu buat aku tersenyum dan tertawa. ada yang manja, terlebih manja pun kadang2 :D , suka merajuk, hyperaktif, kejap nangis kejap okey, dan macam2 lagi. itu yang buat aku gembira bersama mereka. kalau dulu aku belajar, sekarang aku pulak mengajar. kalau dulu aku jadi peserta rombongan, sekarang aku jadi guru pengiring. kan lain tu? hehe



pesanan buat anak-anakku (walaupun dorang tak baca blog ni) ;

cikgu tahu kamu sume rindu kat cikgu kan, ngehehe.. cikgu tahu dah. amboi kalau cikgu datang jenguk korang kat tadika siap peluk panjat cikgu sume ye. ingat cikgu pokok ker ==' haha, okey ayat cikgu kejam sikit. takpelah, cikgu pun rindu korang jugak. :D maaflah cikgu tak dapat terus mengajar korang sume ABC dan Alif Ba Ta. teruskan perjuangan korang ye. jadi anak yang soleh dan solehah buat mak ayah, taat perintah Allah dan Rasul, jadi orang yang berguna pada agama bila besar nanti. dah belajar solat kan, rajin-rajin buat ye. InsyaAllah kita jumpa satu hari nanti, tapi mungkin masa tu korang dah tak kenal cikgu dah kan. takpe2, cikgu faham. cikgu pun same jugak. hehe..



******************


meet them, my dearest children <3












































budak brutal yang comel; Aressa Dania :P






and lastly, meet my superhearts <3


muhammad darius eirfan
muhammad aizat
ahmad raziq






teruskan tersenyum
:D




May 9, 2012

choices :)



assalamualaikum ;)


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH. aku masih mampu bernafas sehingga ke tarikh ini.


* * * * * * * * * *


Alhamdulillah juga hari ni aku mempunyai semangat untuk menjenguk blog usang lagi rapuh serta berhabuk bersawang aku ni. hmm ==' sambil mengusha laptop baru yang dihadiahkan, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih buat Abi wa Umi, aku menekan papan2 kekunci ni untuk dijadikan sebuah entry. sebelum itu, laptop tu hadiah sempena aku bakal masuk universiti. bercakap soal U, itu la tajuk yang bakal kita kupas kali ini. ceit, engat forum ape nak kupas2 tajuk bagai =='


bulan Mei dah ni kan, sedetik dua detik saje lagi aku akan melangkah ke alam per'universiti'an. rase seronok nak menjadi mahasiswi? sudah tentu, ramai yang kat sekolah dulu mengeluh nak cepat2 masuk U. sebab kat U hidup tak terikat sangat (terutama buat yang asyik terkurung kat asrama ;p) bila masuk U, rase macam dah besar. sume keje kene buat sendiri. yang penting kene pandai hidup BERDIKARI.


namun hakikat yang aku rase, masuk U ni payah. mungkin satu sebabnya kewangan (kesheng2 $,$) dengan biasiswa yang agak susah nak dapat even result SPM agak baik. bukan tu jer, nak pilih course ape kat U mane pun dah membuatkan seseorang tension tahap malas nak isi borang UPU macam aku ni. tapi kalau tak isi macam mane pulak nak dapat U kan. maka, terisilah UPU tu secara terpaksa.


dan bila result keluar, aku terpegun sekejap. terkaku. terkilan mungkin. apa yang dihajati tak tercapai. masa tu mungkin kecewa dan hampa. bila aku melihat mereka yang berada di atas aku, rasa cemburu mereka diberi pelbagai peluang ditawarkan, ditemu duga dan ada juga yang dah berjaya. tapi bila melihat mereka yang berada di bawah, aku cuba cari hikmah atas segala yang terjadi ini. Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang. bukan satu, tapi tiga pilihan. kat luar sana ada mereka yang tidak ada pilihan, atau langsung tidak dapat peluang. aku harus terlalu bersyukur atas rezeki yang dikurniakan ni.











matrik perak l asasi Uitm l medic mesir


sekarang aku tahu, memilih bukanlah satu perkara yang mudah. bila kita perlu memilih yang terbaik untuk teruskan hidup kita. maka, ISTIKHARAH jalan terbaik insyaAllah. dan aku tahu, ape pun pilihan yang bakal aku buat, DIA yang menggerakkan hati aku untuk buat pilihan tu. DIA dah mentakdirkan aku untuk berada di situ. kerana aku tahu, Allah pasti merancang sesuatu.




" kita merancang, Allah juga merancang. tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan "

Feb 7, 2012

jika mereka faham hati ini


Assalamualaikum

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah mood ber-blogging datang lagi. kali ini aku terpanggil untuk menulis apabila terbaca beberapa luahan hati adek2 junior. lebih khusus, adik2 form 4 tahun ini. aku tak khususkan mana-mana sekolah, untuk sesiapa saja yang pernah aku jadi senior mereka.

zaman form 4, zaman perpindahan. ada yang meninggalkan dan ada yang ditinggalkan. biasalah, lumrah kehidupan. ada pertemuan pasti ada perpisahan. bila melihat mereka terlalu sedih meninggalkan atau ditinggalkan kawan-kawan, aku pernah merasai perasaan itu suatu ketika dahulu. yang dapat tawaran sudah pasti hiba nak meninggalkan sahabat yang sudah satu kepala dengan mereka, susah senang bersama. yang tinggal lebih hampa bila teman-teman seperjuangan mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat baru. aku tahu semua itu sebab aku pernah menjadi orang yang meninggalkan.

bila pindah ke sekolah baru, aku cuba adapt dengan suasana baru, kawan baru dan semua yang baru. aku bukanlah orang yang ramah, senang get along dengan kawan baru. tak tak, itu bukan aku. almaklumlah pemalu sikit. eceh. haha. sampaikan ada yang rasa aku sombong. tulah, aku ni payah senyum dulu. muka budak homesick memang camtu lah kan. tapi lama-lama aku mula kenal kawan. siapa yang kenal aku tahu aku camne. terima kasih buat mereka yang sudi bertegur sapa dengan aku. sebab aku tak reti memulakan perbualan. tapi aku tahu, tak semua orang boleh terima dengan mudah kehadiran orang baru dalam hidup. lebih-lebih bila kita kehilangan orang yang kita sayang. alhamdulillah aku mampu. aku tahu kehadiran budak baru dalam kalangan kawan-kawan aku ketika itu amat payah. sampaikan ada yang pernah berkata camni kat aku. " dulu kitorang anti betol ngan budak sekolah kau." ceit, aku terkejut. patutlah ada yang memandang kerek pada aku dulu. mungkin bilangan yang masuk ramai menyebabkan kami di anti. apakah? mereka kata kerana kami kawan mereka terpaksa pergi. hati aku tak dapat terima alasan mereka. rasa tidak adil. itu yang aku rasa untuk adik-adik form 4. kawan baru yang datang, mereka juga sedih meninggalkan kawan lama. janganlah korang menambah kesedihan mereka dengan menyisihkan mereka. dalam hati siapa tahu kan. cuba kalau satu hari nanti mereka tahu yang korang pernah membenci mereka. rasanya lebih sedih daripada sekarang. ye, lebih sedih bila tahu kedatangan kita sebenarnya tidak dialukan pada awalnya. fahamilah hati mereka. memang tak mudah untuk menerima, tapi lebih sedih bila diri tak diterima.





ukhuwah itu kan indah :)







p/s : minta ampun entry terlalu panjang. harap-harap tak menyinggung hati sesiapa yang membaca.

Feb 1, 2012

today is 1 FEB ;)


Assalamualaikum


post kali ini special dinukilkan buat teman sepermainan & seperjuanganku,



SYAHMI SYAHIRAH MOHD SAHIT



wahai kawan,
HAPPY SWEET 18 BIRTHDAY 
:D

  • moga sentiasa dalam kerahmatan Allah selamanya
  • have a blast on this day !
  • panjang umur murah rezeki selalu
  • dah tua buat cara tua ye. ngee~
  • lastly, keep smiling :) & laughing :D






p/s : post ini mungkin singkat tapi ia ditaip dengan setulus hati jiwa & raga aku :) jangan terharu sangat nanti leleh air mata tu aku tak sampai kat kg delek nak tolong lapkan. hehe.