May 21, 2013

bring back the spirit


baru seketika tadi henset berbunyi, tandanya satu 'whatsapp' masuk

seperti biasa, ayah bertanya. "salam, kullu kuwais?" (ok tak ini bukan ayat ayah tapi saja translate kasi ala-ala arab sikit gitu :D)
seperti biasa juga aku menjawab, "Alhamdulillah kullu kuwais. esok ifah exam. histology. doakan ye."

dan berturut ucapan selamat daripada mak, abang dan ana.
terharu.

tiba-tiba aku tersedar. tersentak. harapan mereka pada aku tinggi.
dihantar ke sini dengan seribu pengharapan.
yang pada awalnya bukan niatku untuk memilih jalan ini.

tapi Allah yang tetapkan begini.
Dia letakkan aku dalam bidang ini kerana Dia tahu aku mampu.

maka apa alasan aku untuk tidak belajar bersungguh-sungguh?
terlalu sibuk mencari asbab.
bukannya berusaha mencari jalan.
padahal Allah tidak melihat hasil, usaha itu yang dinilai-Nya.


tersentap lagi.










cukup dulu.
kembali ke buku.
histology menanti.
semuga Allah redha.
^^v



No comments:

Post a Comment