Dec 9, 2010

bile manusia tidak lagi takut membuat dosa


salam readers. ni cerite semalam tapi baru nak story ari ni sebab semalam memang takde mood nak pegang keyboard taip word-words untuk dijadikan entry. so semalam pun on9 pakai iPhone 4 abang jer. ok da jom terus ke tajuk entry. nampak title di atas? macam gempak kan. takla, ni sebab mood marah aq yang masih bersisa kerana peristiwa kereta ayah dipecah dan laptop kesayangannya telah dicuri. ni la kalau orang dah tak takut lagi nak buat dosa. sedangkan mereka tahu yang mencuri merompak menyamun dan segala 'me' yang jahat-jahat tu semuanya dosa. tapi kenapa mereka buat? takpe, tepuk dada tanya iman. iman kita pun tak cukup mantap untuk jamin yang kita tak akan buat dosa kan? jadi sama-sama lah kita berdoa pada Allah sentiasa agar dijaga iman di hati :) hmm..tajuk entry ni pun aq amik dari ayat nenek tadi. (yela, sambil masak-masak tu kami dengarlah tazkirah free dari nenek kan. alhamdulillah, nenek banyak bagi pengajaran kat diri ni.) lepas tu dapat tahu pulak yang rumah kawan aq sendiri dimasuki pencuri. barang-barang parents dia abes kene sapu, then dia cakap nasib baik dia kunci bilik time tidur, kalau tak macam mane lah nasib dia ngan adeknye. alhamdulillah sekali lagi kerana Allah lindungi mereka. ok dah, cukup-cukup la kan cerite 'orang jahat' ni.


cerita lain pulak. so semalam kerana aq baru mendapat cousin baru kan, ayah ajaklah kami semua melawat makcik ku yang dah pun pulang ke rumahnya. tapi baby-nye pula takde sebab masuk icu. ish, kesian kat awak ye adik Qaireen Nur Arianna. semuga cepat sembuh nanti kakak lawat lagi. btw, on the way nak gi rumah makcik yang terletak kat pulau indah tu, aq rase sesuatu yang challenging la jugak. ape tak nye, bayangkan anda duduk dalam kereta waja yang kecik di atas jalan yang dipenuhi dengan lori-lori treler ala-ala dalam filem transformer tu. berdebar tak? lebih berdebar kalau kenderaan-kenderaan monster tu ada kat depan, sebelah, dan belakang anda. rase macam darah tak berjalan pun ada, organ dalaman pun dah kecut-kecut semuanya. mungkin aq rase macam tu sebab aq lalu kat situ malam-malam kot. kalau siang ok lagi rasenye. tapi nak kasi nasihat sikit kat pakcik-pakcik lori tu kejap lah. "wahai encik-encik pemandu lori, saya tau jalan tu main road anda, dan anda pun dah banyak kali ke hulu ke hilir kat jalan tu kan, tapi ingatlah kat kami yang kecik ni sikit, kami punya hak juga atas jalan tu. jadi kita same-same lah berhemah di jalan tu ek? bukan apa, anda tu bawak laju sangat. yela, terkejut tau saya bila lori kontena anda yang panjang tu potong kete ayah saya. saya wondering jugak bape laju la awak bawa. dah la tengah-tengah malam. kalau jadi ape-ape kan susah. so harap faham la ye pakcik-pakcik pemandu." ok dah, rasenye ni jer luahan yang nak diluahkan dari semalam dan telah pun diluahkan. so 3 ari nanti takkan ade entry sebab aq akan berangkat ke lembah pangsun. ye, kem kempimpinan 3 ari 2 malam. tu jer, semuge berjumpa lagi di lain entry :)


1 comment:

  1. ohh, baru tau story yg sebena.. ;( sorry to hear dat.

    ReplyDelete