Jul 8, 2011


hmm. assalamualaikum semua. tak tahu nak mula kat mane. tapi untuk anda tahu hidup gadis ini sekarang agak berserabut sebab belum sempat disusun rapi dengan sebaiknya. habis sudah semester 1, bermakna tinggal setengah tahun je lagi aku bergelar pelajar sekolah. tu juge bermaksud aku makin menghampiri peperiksaan terBESAR sepanjang tempoh 17 tahun bergelar pelajar sekolah.






macam-macam peristiwa. mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya. terima kasih buat semua yang tetap buat hati aku sentiasa kuat.






hati <3 aku cuba lupakan kisah hati dengan mensibukkan diri dengan bermacam-macam perkara. tapi aku belum mampu. tolong, bantu aku (T-T)









banyaknya kerja. aku tahu setiap tanggungjawab tu amanah. aku tahu dari dulu. sejak sebelum aku bersetuju menerima jawatan 'the coloured people' tu. tapi sekarang aku jadi letih. penat kerana terlalu banyak kerja yang tak mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. tapi percayalah, aku tak menyesal. sebab ni medan untuk aku tarbiyah diri. alhamdulillah sekarang aku rase lebih baik. tak bermaksud dulu aku jahat ye. cume berhijrah dari BAIK ke yang LEBIH BAIK.








dan sekarang aku tengah menatap buku BM. semuga buku ni dapat beri aku semangat untuk terus belajar. dan orang sekeliling aku yang terus-terusan buat bibir ni tak lekang dari gelak tawa dan senyuman.


TERIMA KASIH SEMUA.

2 comments: