Sep 30, 2011

ayah ibu, kaulah raja dan ratu


salam kawan-kawan. akhirnya aku bisa menghela setengah nafas yang tersekat di dada apabila tamatnya trial SPM semalam. lega berbaur syukur meski aku tidak berjaya mengharungi segalanya dengan begitu baik. mungkin ada hikmah yang tersirat di sebalik semua ini. ya, mungkin aku kurang bersedia. tapi sudah cukup itu buat masa ini. bukan itu yang aku ingin coretkan di sini setelah sebulan aku hanya berkarya di atas kertas jawapan peperiksaan.


hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang seorang sahabatku. cerita tentang sahabatku yang mampu aku ambil iktibar daripadanya.


X : weyh, aku merajuk ngan mak aku ni
Y : pasal plak?
X : aku call mak aku. aku cakap la nak balik minggu ni. tapi mak aku tak kasi. mak aku kata kalau aku balik bukannya aku study pun. tenet jer..
Y : (betul la tu apa mak kau cakap) = dalam hati jer. ala rileks la, aku tak balik pun. okey jer.
X : yela~ lepas tu mak aku cakap nanti mak datanglah hari ahad. lepas tu aku cakap kalau tak kasi balik takyah la datang.
Y : asal kau cakap camtu?
X : yela, dah tak kasi balik buat apa nak datang.
Y : erghh..suka hati kau la.

-------------------------------------------------------------

AHAD

Y : mak kau datang tak hari ni?
X : buat apa? aku cakap takyah datang. dah tak kasi aku balik.
Y : (tak sudah-sudah lagi ker merajuk ngan mak dia. apelah budak ni)
X : parents kau datang ker?
Y : tak kot. parents aku ada open house kat KL. mak aku kata tak sempat kot nanti.
X : aku call mak aku tadi nak tanya adik aku balik ker tak. rupa-rupanya adik aku balik. lagi la aku bengang.
Y : (woi, agak-agak la kalau nak marah pun)

--------------------------------------------------------------------

dan akhirnya mak dia datang jugak lawat dia. dan time tu aku rasa nak cakap jer kat dia, "kau ni tak reti ker nak jaga hati mak kau. ingat dia takde kerja lagi banyak ker nak buat. berdosa tau kecilkan hati ibu kita." tapi aku tak cakap la kan. sebab aku taknak dia marah kat aku pulak. then aku talk slowly kat dia.

Y : aku kan tak boleh lah nak sakitkan mak ayah aku. nanti aku rasa cam jadi anak derhaka. seboleh-bolehnya aku jaga hati dorang baik-baik. sebabnya kat dunia ni hanya tu jer mak ayah yang aku ada.
X : bagus gila kau ni. tapi aku geram sebab adik aku balik.
Y : abes yang kau nak marah mak kau kenapa?
X : sebab mak aku tak kasi aku balik.
Y : ala, daripada kau balik lalai kat rumah, baik dok sini senang sikit nak study.
X : hmm..


ntah la, bagi aku tu yang aku rasa. mak ayah ni jer yang aku ada. nape susah untuk kita sebagai anak jaga hati mereka berdua sedangkan ibu yang seorang mampu memberi keadilan dan memuaskan hati anaknya tak kira berapa pun bilangannya. pengorbanan yang mereka lakukan takkan pernah mampu kita balas meskipun kejayaan di dalam peperiksaan atau kejayaan dalam hidup. tanpa mereka siapalah kita kat muka bumi ini. takkan hanya kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar bukan? bagi aku, mak ayah tak pernah bersalah kepada anak-anaknya. mak ayah adalah insan terbaik bagi setiap individu. cuba kita berfikir sejenak. masa kita nak bertatih jalan dulu ada kawan kita yang ajarkan? masa kecik-kecik kita nak makan ada kita minta jiran kita tolong suapkan? masa kita darjah 1 ada mak ayah suruh pergi sekolah sendiri jalan kaki? jawab sendiri dalam hati. sebab kita semua maklum tugas tersebut telah digalas dengan baik oleh mak ayah kita. jadi betul kan mak ayah adalah insan terbaik bagi anak-anak. jadi buat anak-anak, jagalah hati ibu bapa kita selagi kita masih berpeluang. kerana perkara itu selalu dilepas pandang. sebab kita mudah meradang. jangan satu hari nanti kita yang kesal dan terkenang.





-------------------------------------------------------------------------


bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah

bila hati kita terguris, kita kata "mak memang tak pernah faham"
bila hati kita terhiris, kita kata "ayah memang tak ambil kisah"
tetapi..

bila hati mak kita guris, mak kata "tak apa, dia masih muda"
bila hati ayah kita hiris, ayah kata "tak mengapa, belum sampai akalnya"

bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki
bila kita merintih derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena

bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga


-diari sufi-




redha Allah terletak pada redha ibu bapa
care of their heart
=)

1 comment:

  1. Ibu dikaulah mawar itu,
    Yang kupujai tiap waktu,
    Yang kurindui wajahmu,
    Yang kukagumi ketabahanmu.

    ReplyDelete