Feb 7, 2012

jika mereka faham hati ini


Assalamualaikum

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah mood ber-blogging datang lagi. kali ini aku terpanggil untuk menulis apabila terbaca beberapa luahan hati adek2 junior. lebih khusus, adik2 form 4 tahun ini. aku tak khususkan mana-mana sekolah, untuk sesiapa saja yang pernah aku jadi senior mereka.

zaman form 4, zaman perpindahan. ada yang meninggalkan dan ada yang ditinggalkan. biasalah, lumrah kehidupan. ada pertemuan pasti ada perpisahan. bila melihat mereka terlalu sedih meninggalkan atau ditinggalkan kawan-kawan, aku pernah merasai perasaan itu suatu ketika dahulu. yang dapat tawaran sudah pasti hiba nak meninggalkan sahabat yang sudah satu kepala dengan mereka, susah senang bersama. yang tinggal lebih hampa bila teman-teman seperjuangan mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat baru. aku tahu semua itu sebab aku pernah menjadi orang yang meninggalkan.

bila pindah ke sekolah baru, aku cuba adapt dengan suasana baru, kawan baru dan semua yang baru. aku bukanlah orang yang ramah, senang get along dengan kawan baru. tak tak, itu bukan aku. almaklumlah pemalu sikit. eceh. haha. sampaikan ada yang rasa aku sombong. tulah, aku ni payah senyum dulu. muka budak homesick memang camtu lah kan. tapi lama-lama aku mula kenal kawan. siapa yang kenal aku tahu aku camne. terima kasih buat mereka yang sudi bertegur sapa dengan aku. sebab aku tak reti memulakan perbualan. tapi aku tahu, tak semua orang boleh terima dengan mudah kehadiran orang baru dalam hidup. lebih-lebih bila kita kehilangan orang yang kita sayang. alhamdulillah aku mampu. aku tahu kehadiran budak baru dalam kalangan kawan-kawan aku ketika itu amat payah. sampaikan ada yang pernah berkata camni kat aku. " dulu kitorang anti betol ngan budak sekolah kau." ceit, aku terkejut. patutlah ada yang memandang kerek pada aku dulu. mungkin bilangan yang masuk ramai menyebabkan kami di anti. apakah? mereka kata kerana kami kawan mereka terpaksa pergi. hati aku tak dapat terima alasan mereka. rasa tidak adil. itu yang aku rasa untuk adik-adik form 4. kawan baru yang datang, mereka juga sedih meninggalkan kawan lama. janganlah korang menambah kesedihan mereka dengan menyisihkan mereka. dalam hati siapa tahu kan. cuba kalau satu hari nanti mereka tahu yang korang pernah membenci mereka. rasanya lebih sedih daripada sekarang. ye, lebih sedih bila tahu kedatangan kita sebenarnya tidak dialukan pada awalnya. fahamilah hati mereka. memang tak mudah untuk menerima, tapi lebih sedih bila diri tak diterima.





ukhuwah itu kan indah :)







p/s : minta ampun entry terlalu panjang. harap-harap tak menyinggung hati sesiapa yang membaca.

3 comments:

  1. ...
    setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
    dan setiap itu pasti meninggalkan kenangan...

    ^_^

    ReplyDelete
  2. haha~kaulah sahabatku;)

    ReplyDelete
  3. sy tersinggung :P takdelah :D guraugurau.

    ReplyDelete