May 9, 2012

choices :)



assalamualaikum ;)


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH. aku masih mampu bernafas sehingga ke tarikh ini.


* * * * * * * * * *


Alhamdulillah juga hari ni aku mempunyai semangat untuk menjenguk blog usang lagi rapuh serta berhabuk bersawang aku ni. hmm ==' sambil mengusha laptop baru yang dihadiahkan, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih buat Abi wa Umi, aku menekan papan2 kekunci ni untuk dijadikan sebuah entry. sebelum itu, laptop tu hadiah sempena aku bakal masuk universiti. bercakap soal U, itu la tajuk yang bakal kita kupas kali ini. ceit, engat forum ape nak kupas2 tajuk bagai =='


bulan Mei dah ni kan, sedetik dua detik saje lagi aku akan melangkah ke alam per'universiti'an. rase seronok nak menjadi mahasiswi? sudah tentu, ramai yang kat sekolah dulu mengeluh nak cepat2 masuk U. sebab kat U hidup tak terikat sangat (terutama buat yang asyik terkurung kat asrama ;p) bila masuk U, rase macam dah besar. sume keje kene buat sendiri. yang penting kene pandai hidup BERDIKARI.


namun hakikat yang aku rase, masuk U ni payah. mungkin satu sebabnya kewangan (kesheng2 $,$) dengan biasiswa yang agak susah nak dapat even result SPM agak baik. bukan tu jer, nak pilih course ape kat U mane pun dah membuatkan seseorang tension tahap malas nak isi borang UPU macam aku ni. tapi kalau tak isi macam mane pulak nak dapat U kan. maka, terisilah UPU tu secara terpaksa.


dan bila result keluar, aku terpegun sekejap. terkaku. terkilan mungkin. apa yang dihajati tak tercapai. masa tu mungkin kecewa dan hampa. bila aku melihat mereka yang berada di atas aku, rasa cemburu mereka diberi pelbagai peluang ditawarkan, ditemu duga dan ada juga yang dah berjaya. tapi bila melihat mereka yang berada di bawah, aku cuba cari hikmah atas segala yang terjadi ini. Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang. bukan satu, tapi tiga pilihan. kat luar sana ada mereka yang tidak ada pilihan, atau langsung tidak dapat peluang. aku harus terlalu bersyukur atas rezeki yang dikurniakan ni.











matrik perak l asasi Uitm l medic mesir


sekarang aku tahu, memilih bukanlah satu perkara yang mudah. bila kita perlu memilih yang terbaik untuk teruskan hidup kita. maka, ISTIKHARAH jalan terbaik insyaAllah. dan aku tahu, ape pun pilihan yang bakal aku buat, DIA yang menggerakkan hati aku untuk buat pilihan tu. DIA dah mentakdirkan aku untuk berada di situ. kerana aku tahu, Allah pasti merancang sesuatu.




" kita merancang, Allah juga merancang. tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan "

4 comments:

  1. chaiyok chaiyok, pilih yg terbaek kawan ^_^

    ReplyDelete
  2. pejamkan mata dan tanyalah hati.. jawapan tue akan muncul ^^

    ReplyDelete
  3. Allah sntiasa bersama sangkaan hambaNYA.
    Trust HIM, rabbuna yusahhil duhai sahabat

    ReplyDelete
  4. Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNYA,
    Trust HIM, ROBBUNA YUSAHHIL duhai sahabat

    ReplyDelete