Jan 5, 2012

pandang yang jauh

assalamualaikum readers !




nak dijadikan cerita, tangan kiri aku telah pun mengalami kegagalan 'berfungsi dengan baik' disebabkan permainan di atas. maklum lah aku bukan profesional. orang main panah dalam bulatan, anak panah aku tersasar jauh dari bulatan tu. bukan takat kuning, biru pun jauh sekali. haha. aku rasa aku panah kat papan tu jer. haih =_='

tapi bukan tu yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni. cuba kalau kita renung-renung balik game ni. sama la macam hidup kita. hidup kita kalau ada target untuk dicapai, kita akan berusaha sungguh-sungguh. tak kesah la sesusah mana pun ranjau dan onak berduri yang perlu kita lalui. selagi kita betul-betul tekad untuk capai sasaran kita. misalnya kalau sorang student tu nak jadi doktor, takkan dia nak dok kat rumah goyang kaki kan. mesti dia dah study habis-habis buku biology tu dari kulit-ke-kulit. kadang-kadang buku tu pun tinggal kulit jer. :D


satu hal pulak, kalau kita hanya letak sasaran kita untuk recently, kita dah tak tahu nak buat apa lepas kita dapat capai atau tak target tu. faham tak maksudnya? macam ni, kalau kita amek exam la kan, kita mesti nak dapat straight A's or pass with flying colours kan. kalau berjaya tu Alhamdulillah, rezeki Dia nak bagi kita tu. tapi kalau belum, maksudnya tu ujian Dia bagi nak tengok sejauh mana kita percaya dan yakin kat Dia. Dia tak nak bagi kita kecewa, sebab tu Dia tak suruh kita letak sasaran untuk duniawi semata. Dia bagi target yang lebih jauh untuk kita capai. Dia sediakan kita SYURGA. sebab nak capai syurga kita kene cari keredhaanNya. macam tu 'dengan keizinanNya' kita akan sentiasa hidup berlandaskan syariat dan jauh dari perbuatan mungkar dan maksiat.


jadi senang kan, Allah dah letak target yang terbaik untuk kita. tinggal kita jer yang kene bersungguh-sungguh untuk capai target tu. ingat lah, hidup kita kalau bukan untuk capai keredhaanNya, sia-sia jer segala amalan. siapa yang suka buat kerja sia-sia kan??
ketuk pintu hati, tanya khabar iman 





- renung-renungkan dan selamat beramal -
:)

Dec 31, 2011

esok tahun baru


assalamualaikum


bismillahirrahmanirrahim

kata Raihan, dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah.


esok dah tahun 2012. siapa pernah jangka kita mampu lagi bernafas sehingga ke tarikh ini. terima kasih YA ALLAH !


hmm..aku belum kumpul kekuatan untuk cerita pasal 2011. nanti bila-bila dah rajin lah ye.


apa-apa pun, welcome NEW YEAR 2012. and goodbye 2011. you give me such a beautiful memory :) 



Dec 19, 2011

aku menulis lagi

assalamualaikum readers


before ape2, big smile please :D


takyah tanya nape aku jadi seorang yang rajin untuk update blog ni sedangkan tadi aku baru post satu entry untuk tatapan korang. baiklah, post kali ni aku dedicate special buat seorang jejaka yang aku rindu. tak payah terkejut sangat lah kan dengan statement aku atas ni. mai kita tengok sapa mamat bertuah yang aku rindui itu.
scrool down please..


3

2

1

.
.

tada !






abang, i know you have a problem right now. keep strong okey. you have us to count on. pray to Allah, He will show you the best way. Insyaallah~











nota kecik : boleh jer ifah mai sydney tolong abang wat kerja tuh. i'm free now! tapi support tambang pergi balik lah ye. :P


sahabat, hadiah terbaik


assalamualaikum dear readers,

sekarang ni aku dah kembali aktif menulis entry-entry sebagai halwa mata pembaca-pembaca blog ni. jadi aku jamin korang takkan bosan membaca post lame aku berulang-ulang kali. okey dah. ni nak story sikit pasal aktiviti aku lepas jer habis SPM hari tu. tamat jer SPM paper PQS terus pi pulangkan buku kat bilik SPBT. well you know kalau semua orang nak pulang + susun buku kat bilik kecik tu, maka bilik tu menjadi teramatlah mampat seperti sardin. sosak nafas eden kat dalam tuh. maka aku cepat-cepatlah keluar dan berlari bergerak menuju ke DM untuk kali terakhirnye (sob sob T-T) sebab ada jamuan disediakan untuk all form 5 students. ramai la jugak yang balik petang tu sebab tak pi jaulah. petang tu semua dah touching-touching sebab bila lagi nak jumpa kawan then salam salam kiss kiss amek gambar bagai. aku pun turut join sekaki. dan malam tu pukul 12 maka bertolaklah kami kami (47 girls 17 boys <----ini bukan dikriminasi jantina ye + beberapa orang cikgu) ke utara semenanjung malaysia. okey malas nak cerita panjang sebab aku rasa ni pun dah buat korang penat baca. so korang scrool aje lah and hayati moment-moment yang sempat dicapture di sana :)



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







*partnership*




















jazakillah kawan-kawan 
saat-saat susah dan senang kita bersama takkan aku lupakan
semuga ukhuwah fillah ini kekal selamanya
:D


Dec 18, 2011

berwajah baru !


assalamualaikum readers

hmm..macam dah lama sangat kita tak ketemu ye. last post pun tak engat bila tarikhnye dah. hehe.. anyway, ALHAMDULILLAH. well done to me sebab dah berjaya menghabiskan SIJIL PALING MUDAH selama sebulan di bumi Bestari (okey nama lain SPM tu memang agak menipu sebab SPM bukanlah exam paling mudah yang pernah aku duduki). dan sekarang aku sudah bebas. yeah, FREEDOM




oleh kerana tamat sudah SPM, maka terhentilah riwayat hidup aku sebagai seorang pelajar sekolah. take note  for this okey, i'm no longer school student. namun aku tak bangga untuk menjadi salah seorang yang tidur duduk bersilang kaki sambil ber-facebook di rumah sementara adik-adik aku masih sibuk di supermarket membeli uniform dan beg baru. oh tidak sama sekali ! kerana aku bakal merindui alam persekolahan dan segala-gala tentang sekolah. walaupun dulu selalu mengeluh " nape la buat sekolah sesi pagi ni. buat orang mengantuk sajer =,= " " bila lah aku nak abes skola ni. tapi nanti kene tempuh SPM pulak. adoyai..". biasa lah tu kan time tu jiwa tak matang sangat (macam lah sekarang hang dah matang cik fairuz oi *-*). apa-apa pun, alam persekolahan 11 tahun + 2 tahun alam pertadikaan cukup mengajar aku erti kehidupan, persahabatan dan percintaan kesungguhan untuk mencapai cita-cita.


sejuta penghargaan buat ;
Tadika Islam An-nur Bestari
SRA Kampung Raja Uda
SK Methodist Pel. Klang
KAFA Integrasi Nurul Ain
SK (P) Methodist Klang
SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih
SAM Bestari 


p/s : Schools are great !

Sep 30, 2011

ayah ibu, kaulah raja dan ratu


salam kawan-kawan. akhirnya aku bisa menghela setengah nafas yang tersekat di dada apabila tamatnya trial SPM semalam. lega berbaur syukur meski aku tidak berjaya mengharungi segalanya dengan begitu baik. mungkin ada hikmah yang tersirat di sebalik semua ini. ya, mungkin aku kurang bersedia. tapi sudah cukup itu buat masa ini. bukan itu yang aku ingin coretkan di sini setelah sebulan aku hanya berkarya di atas kertas jawapan peperiksaan.


hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang seorang sahabatku. cerita tentang sahabatku yang mampu aku ambil iktibar daripadanya.


X : weyh, aku merajuk ngan mak aku ni
Y : pasal plak?
X : aku call mak aku. aku cakap la nak balik minggu ni. tapi mak aku tak kasi. mak aku kata kalau aku balik bukannya aku study pun. tenet jer..
Y : (betul la tu apa mak kau cakap) = dalam hati jer. ala rileks la, aku tak balik pun. okey jer.
X : yela~ lepas tu mak aku cakap nanti mak datanglah hari ahad. lepas tu aku cakap kalau tak kasi balik takyah la datang.
Y : asal kau cakap camtu?
X : yela, dah tak kasi balik buat apa nak datang.
Y : erghh..suka hati kau la.

-------------------------------------------------------------

AHAD

Y : mak kau datang tak hari ni?
X : buat apa? aku cakap takyah datang. dah tak kasi aku balik.
Y : (tak sudah-sudah lagi ker merajuk ngan mak dia. apelah budak ni)
X : parents kau datang ker?
Y : tak kot. parents aku ada open house kat KL. mak aku kata tak sempat kot nanti.
X : aku call mak aku tadi nak tanya adik aku balik ker tak. rupa-rupanya adik aku balik. lagi la aku bengang.
Y : (woi, agak-agak la kalau nak marah pun)

--------------------------------------------------------------------

dan akhirnya mak dia datang jugak lawat dia. dan time tu aku rasa nak cakap jer kat dia, "kau ni tak reti ker nak jaga hati mak kau. ingat dia takde kerja lagi banyak ker nak buat. berdosa tau kecilkan hati ibu kita." tapi aku tak cakap la kan. sebab aku taknak dia marah kat aku pulak. then aku talk slowly kat dia.

Y : aku kan tak boleh lah nak sakitkan mak ayah aku. nanti aku rasa cam jadi anak derhaka. seboleh-bolehnya aku jaga hati dorang baik-baik. sebabnya kat dunia ni hanya tu jer mak ayah yang aku ada.
X : bagus gila kau ni. tapi aku geram sebab adik aku balik.
Y : abes yang kau nak marah mak kau kenapa?
X : sebab mak aku tak kasi aku balik.
Y : ala, daripada kau balik lalai kat rumah, baik dok sini senang sikit nak study.
X : hmm..


ntah la, bagi aku tu yang aku rasa. mak ayah ni jer yang aku ada. nape susah untuk kita sebagai anak jaga hati mereka berdua sedangkan ibu yang seorang mampu memberi keadilan dan memuaskan hati anaknya tak kira berapa pun bilangannya. pengorbanan yang mereka lakukan takkan pernah mampu kita balas meskipun kejayaan di dalam peperiksaan atau kejayaan dalam hidup. tanpa mereka siapalah kita kat muka bumi ini. takkan hanya kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar bukan? bagi aku, mak ayah tak pernah bersalah kepada anak-anaknya. mak ayah adalah insan terbaik bagi setiap individu. cuba kita berfikir sejenak. masa kita nak bertatih jalan dulu ada kawan kita yang ajarkan? masa kecik-kecik kita nak makan ada kita minta jiran kita tolong suapkan? masa kita darjah 1 ada mak ayah suruh pergi sekolah sendiri jalan kaki? jawab sendiri dalam hati. sebab kita semua maklum tugas tersebut telah digalas dengan baik oleh mak ayah kita. jadi betul kan mak ayah adalah insan terbaik bagi anak-anak. jadi buat anak-anak, jagalah hati ibu bapa kita selagi kita masih berpeluang. kerana perkara itu selalu dilepas pandang. sebab kita mudah meradang. jangan satu hari nanti kita yang kesal dan terkenang.





-------------------------------------------------------------------------


bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah

bila hati kita terguris, kita kata "mak memang tak pernah faham"
bila hati kita terhiris, kita kata "ayah memang tak ambil kisah"
tetapi..

bila hati mak kita guris, mak kata "tak apa, dia masih muda"
bila hati ayah kita hiris, ayah kata "tak mengapa, belum sampai akalnya"

bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki
bila kita merintih derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena

bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga


-diari sufi-




redha Allah terletak pada redha ibu bapa
care of their heart
=)

Jul 8, 2011


hmm. assalamualaikum semua. tak tahu nak mula kat mane. tapi untuk anda tahu hidup gadis ini sekarang agak berserabut sebab belum sempat disusun rapi dengan sebaiknya. habis sudah semester 1, bermakna tinggal setengah tahun je lagi aku bergelar pelajar sekolah. tu juge bermaksud aku makin menghampiri peperiksaan terBESAR sepanjang tempoh 17 tahun bergelar pelajar sekolah.






macam-macam peristiwa. mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya. terima kasih buat semua yang tetap buat hati aku sentiasa kuat.






hati <3 aku cuba lupakan kisah hati dengan mensibukkan diri dengan bermacam-macam perkara. tapi aku belum mampu. tolong, bantu aku (T-T)









banyaknya kerja. aku tahu setiap tanggungjawab tu amanah. aku tahu dari dulu. sejak sebelum aku bersetuju menerima jawatan 'the coloured people' tu. tapi sekarang aku jadi letih. penat kerana terlalu banyak kerja yang tak mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. tapi percayalah, aku tak menyesal. sebab ni medan untuk aku tarbiyah diri. alhamdulillah sekarang aku rase lebih baik. tak bermaksud dulu aku jahat ye. cume berhijrah dari BAIK ke yang LEBIH BAIK.








dan sekarang aku tengah menatap buku BM. semuga buku ni dapat beri aku semangat untuk terus belajar. dan orang sekeliling aku yang terus-terusan buat bibir ni tak lekang dari gelak tawa dan senyuman.


TERIMA KASIH SEMUA.